May 31, 2023

4 temberang terbesar Rafizi yang ramai kena tahu

Spread the love

4 TEMBERANG TERBESAR RAFIZI YANG TERKENAL SEBAGAI RAJA FITNAH MALIZIA

  1. FITNAH MENJATUHKAN TAN SRI KHALID IBRAHIM SEBAGAI MB SELANGOR

Antara kesemua berpuluh siri fitnah dan temberang (menurut rekod terdapat 26 siri fitnah) yang dibuat oleh Rafizi, fitnah terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim adalah fitnah paling terhina yang pernah dibuat. Ini kerana pada ketika itu TSKI adalah MB Selangor paling cemerlang dalam sejarah pentadbiran negeri Selangor dan merupakan kesayangan rakyat Selangor.

Kecemerlangan TSKI pada ketika itu membayangi kepemimpinan DSAI dan ini beri petanda yang tidak begitu baik kepada PKR. Maka suatu konspirasi jahat telah diatur untuk menyingkirkan TSKI yang juga merupakan pemimpin dalam PKR.

Suatu Langkah Kajang telah diatur untuk menikam belakang rakan dalam PKR oleh Rafizi dan Saifuddin. Kesudahannya TSKI berjaya dalam perbicaraan fitnah ini dan Saifuddin mewakili PKR diperintah memohon maaf kepada TSKI.

Langkah Kajang yang penuh durjana seterusnya mengakibatkan DSAI terpelanting ke penjara kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari.

Langkah Kajang ini juga menimbulkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat apabila PAS marah dengan tindakan fitnah TSKI serta tidak bersetuju Datin Seri Wan Azizah dipilih menjadi MB Selangor.

https://www.astroawani.com/berita-politik/langkah-kajang-langkah-kecundang-khalid-ibrahim-70066

  1. FITNAH MENTERI RAHMAN DAHALAN AMAL NEPOTISME

Fitnah kedua yang terbesar ialah mendakwa dengan jahat dan cuba menunjuk pandai kononnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengamalkan salah guna kuasa secara nepotisme.

Rafizi didakwa mengadakan sidang akhbar pada 11 Disember 2017 yang bertajuk ‘Skandal Baru UMNO Menteri Mana Pula Yang Kena?’ di pejabatnya di Sungai Besi di sini yang turut disiarkan secara langsung melalui laman Facebook miliknya.

Rafizi mendedahkan bahawa kontrak Ekspo NegaraKu diberikan kepada syarikat yang didakwa milik abang Abdul Rahman iaitu Raslan Dahlan, menyebabkan Abdul Rahman bertindak mengambil tindakan undang-undang.

Hasil penjelasan Menteri Abdul Rahman bahawa Raslan Dahlan tiada kena mengena dengan beliau dan kebetulan nama bapa hampir sama iaitu Dahalan dan Dahlan.

Terma penyelesaian adalah Rafizi bersetuju untuk membayar RM20,000 dan permohonan maaf itu dibacakan di mahkamah.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/469264/kes-selesai-rafizi-mohon-maaf

  1. FITNAH KEPADA PARTI PAS TERLIBAT 1MDB

Fitnah ini antara fitnah yang paling mendapat perhatian para wartawan dan ahli politik. Rafizi Ramli membuat dakwaan mengejutkan apabila mendakwa mempunyai bukti terdapat individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada 1MDB.

Malah, dakwa naib presiden PKR pada ketika itu, wang 1MDB mengalir daripada akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke dalam akaun pimpinan tertinggi PAS.

Namun sidang akhbar yang diadakan oleh Rafizi mengecewakan kesemua wartawan yang hadir apabila nama yang didedahkan hanya satu nama sahaja iaitu Ust Nasharuddin Mat Isa bekas pimpinan PAS bukanlah pimpinan PAS pada masa kini.

Dakwaan Rafizi diserahkan kepada SPRM untuk siasatan dan sehingga kini SPRM mengesahkan tiada pimpinan PAS yang terlibat dengan aliran wang daripada 1MDB.

https://www.malaysiakini.com/news/378274

  1. FITNAH PRESIDEN PAS BAYAR RM1.4 JUTA KEPADA SARAWAK REPORT

SPRM akhirnya telah mengesahkan tiada wang RM90 juta 1MDB masuk ke akaun mana-mana akaun pemimpin PAS. Pengesahan SPRM ini telah mengecewakan seluruh pimpinan PH dan juga penyokong-penyokong yang dengki rekod integriti PAS yang bersih.

PH tidak berpuas hati dan berjaya menemui formula fitnah terbaru dengan menuduh dengan jahatnya bahawa Presiden PAS telah membayar RM1.4 juta kepada Sarawak Report bagi tujuan penyelesaian kes luar mahkamah. Fitnah zalim daripada Rafizi ini disangkal oleh Presiden PAS.

Presiden PKR iaitu DSAI juga turun membantu menguatkan fitnah rekaan terbaru untuk memburukkan Presiden PAS dengan kertas hitam. Hasil siasatan Rafizi berjaya membuat penemuan terhadap individu sebenar yang telah membayar cek RM1.4 juta.

Rameli Musa yang juga merupakan Pengerusi KTMB telah dipanggil ke SPRM untuk soal siasat dan hasilnya SPRM mengesahkan Presiden PAS tidak pernah membayar RM1.4 juta sebaliknya Rameli Musa iaitu sahabat baik kepada DSAI adalah individu yang membayar kepada Sarawak Report. Kes dihentikan berikutan SPRM berpuas hati dengan soal siasat yang telah dijalankan.

Adalah dikatakan serangan fitnah dihentikan atas permintaan Presiden PKR sendiri berikutan membabitkan sahabat baik DSAI sendiri.

https://www.sinarharian.com.my/article/16378/berita/nasional/dana-rm14j-rameli-puas-hati-beri-keterangan-pada-sprm

Cukuplah 4 temberang terbesar ini daripada sekalian senarai panjang siri fitnah daripada Rafizi Timbalan Presiden PKR yang juga terkenal dengan jolokan Raja Fitnah Malizia atau Raja Penipu Malaysia oleh pihak musuh politiknya. Pendekatan politik Rafizi mudah sahaja iaitu sebarkan berita dahulu baru sahkan kebenaran. Biarkan musuh tercedera teruk walaupun kebenaran belum tentu pasti.

Ditulis oleh
MAVERICK