May 28, 2023

Tinjauan mendapati Perikatan Nasional mendahului di Kedah

Spread the love

Dengan tempoh berkempen tinggal lagi 10 hari, dianggarkan ramai bakal pengundi sudah membuat keputusan. Kajian yang dibuat oleh DA Center yang dipimpin oleh seorang bekas pensyarah UUM menunjukkan faktor calon lebih mendominasi pengundi berbanding faktor parti. Walau bagaimanapun dalam aspek penolakan pula, faktor parti lebih memainkan peranan dimana parti BN mendapat penolakan yang kuat dari rakyat negeri Kedah, khususnya oleh pengundi muda. Zahid Hamidi muncul sebagai liability terhadap BN. Perkara tersebut juga dapat diperhatikan dengan jelas dalam semua platform media sosial.

Sehingga 8 November 2022, Perikatan Nasional sudah mempunyai 8 kerusi berstatus cerah, PH memiliki 2 kerusi cerah manakala BN hanya mempunyai satu kerusi cerah. 4 kerusi yang masih menjadi rebutan dalam persaingan antara Perikatan Nasional dan PH adalah Sungai Petani, Merbok, Alor Setar dan Kuala Kedah. Satu-satunya kerusi yang selamat bagi BN ialah Langkawi. Kerusi yang selamat bagi PH pula ialah Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu.

Pengurangan kerusi selamat bagi PH memang sudah diduga, kerana sebahagaian besar kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU14 adalah kerana bantuan pengaruh Tun Dr. Mahathir. Kerusi tersebut adalah Jerlun, Kubang Pasu, Langkawi dan Pokok Sena. Kini Tun telah menubuhkan Parti Pejuang dan membina gabungan Gerakan Tanah Air (GTA). Pejuang dijangka tidak akan menang satu kerusi pun di Kedah kerana tidak cukup kekuatan, namun dapat ‘membantu’ PN dengan menarik undi penyokong-penyokong UMNO seperti yang berlaku pada PRU14. PN mendapat faedah besar apabila sebahagian dari bekas ahli-ahli Umno yang dulunya menyokong PH (Bersatu), kini menyokong PN.

Kemunculan gagasan Perikatan Nasional, menurut kajian yang dibuat itu juga membina persepsi positif di kalangan rakyat Kedah. PN dilihat sebagai alternatif kepada BN yang bermasalah dan tidak stabil. Golongan yang dulunya allergic dengan ‘simbol bulan’ juga kini tiada masalah untuk mengundi Perikatan Nasional.

(Kredit to Dr. Mustaffa)