“Negeri Kedah kaya dan hebat. Sumber kita banyak. Kalau kita terpesona dengan janji-janji manis macam zaman Barisan Nasional dulu, akhirnya sebahagian besar bukan milik kita lagi. Tapi, dirayakan di luar negara.” – Y.A.B Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Serik!
Cukup membimbangkan apabila mengenang kembali keadaan negeri sendiri ketika zaman pemerintahan kerajaan terdahulu.
Negeri Kedah yang kaya, tapi direndahkan. Yang kaya, tapi dimiskinkan. Yang kaya, tapi dianak tirikan.
Sejak tahun 1860-an lagi, Kedah telah mengamalkan sistem ekonomi bersifat komersil di kala negeri-negeri Melayu yang lain masih mengamalkan ekonomi bersifat separa tradisional. Kepesatan ekonomi negeri terus berlaku apabila keadaan muka bumi negeri dimanfaatkan sebaiknya dengan kegiatan pertanian, perlombongan, perdagangan dan lain-lain.
Kemudian, datang pelabur-pelabur besar mula melobi. Ditambah pula, pimpinan semasa memang menanti projek untuk kroni. Dicaturkan pula, anak memegang posisi kerajaan Negeri. Maka, seiringlah hasrat hati.
Kemudian, naik PAS bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Azizan. Dengan urus tadbir yang cekap, projek terbengkalai hampir 30 tahun berjaya diselesaikan menjadi Aman Central yang kini merupakan sebuah kompleks membeli-belah kebanggaan rakyat Negeri Kedah. Ditambah pula, sebuah universiti di Kuala Ketil dan hotel-hotel patuh syariah di Langkawi. Lebih mengagumkan, hanya satu penggal pemerintahan, Negeri Kedah sempat muncul sebagai negeri pengeluar nanas kedua terbesar selepas Johor.
Seterusnya, berganti lagi kerajaan. Dilambakkan kembali hutang dan projek-projek negeri yang menguntungkan tidak diteruskan, termasuklah usaha penanaman nanas.
Sekali lagi, PAS naik memerintah bersama kerajaan Perikatan Nasional. Hutang dilupuskan. Paling utama, bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan usaha sama Persekutuan dan Negeri, pelabur-pelabur mula masuk ke Negeri Kedah dengan banyaknya sehingga mencecah jumlah RM68.3B pada tahun 2021. Kini, Negeri Kedah masih mengungguli tangga pertama dalam aspek pelaburan keseluruhan Malaysia.
Demi mendapatkan kembali hak-hak rakyat negeri Kedah, Perikatan Nasional bersedia untuk kembali bersama kerajaan Negeri dan rakyat Kedah untuk kali ini dengan menawarkan lima tawaran BEST.
- Memodenkan sektor perikanan bagi meningkatkan taraf hidup nelayan dengan mewujudkan skim pembangunan yang terancang dan komprehensif.
- Mewujudkan 6 hub mega pengeluaran makanan seluruh negara bagi menstabilkan harga makanan.
- Memodenkan industri getah bagi menjaga kebajikan dan meningkatkan pendapatan penoreh getah.
- Dana khas bagi sekolah tahfiz dan agama rakyat untuk menyertai sistem kemahiran TVET.
- Memperluas skim perumahan mikro belia mampu sewa di bandar-bandar utama.
Tawaran ini merupakan janji yang pasti direalisasikan oleh Perikatan Nasional apabila diberi mandat nanti, inshaAllah.
Bersama PERIKATAN NASIONAL, ayuh kita realisasikan cita-cita Menteri Besar Kedah untuk kembali menjadikan Negeri Kedah sebagai salah satu kuasa besar ekonomi di rantau Asia Tenggara sepertimana pernah berlaku dahulu.
Undilah PERIKATAN NASIONAL : Prihatin, Bersih dan Stabil.
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan