AGAMAWAN PROFESIONAL
Datuk Idris Ahmad atau lebih mesra dengan gelaran Pak Deris, merupakan anak jati kelahiran Taiping, Perak yang tidak lagi asing dalam dunia kepimpinan.
Cukup lengkap dengan latar belakang pendidikan agamanya yang cemerlang dalam lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Dakwah dan Kepimpinan) serta Ijazah Sarjana Dakwah dan Kepimpinan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau mula menabur khidmat kepada masyarakat setelah dilantik sebagai pensyarah selama 8 tahun di Universiti Teknologi Mara Shah Alam.
Beliau terus menterjemahkan kerja cemerlang dengan bergiat aktif menceburi bidang politik sehingga dilantik sebagai Ahli Parlimen pada tahun 2013 bagi Kawasan Parlimen Bukit Gantang, dilantik sebagai Senator pada tahun 2020 dan diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada tahun 2021.
Siapa kata Pak Lebai tidak boleh memimpin? Itu dia, cukup lengkap dengan gabungan pengalaman dan pendidikan yang pastinya melayakkan beliau untuk menjadi pemimpin negara yang berkaliber.
Inilah pemimpin yang diperlukan rakyat untuk masa depan negara. Jadi tunggu apa lagi orang Bagan Serai? Simpan undi anda untuk Pak Deris!
More Stories
Lebih 160,000 mengundi di Padang Serai, Tioman hari ini
Padang Serai, Tioman akan ditahan, tsunami Melayu memilih PN
Nor Idayu bersemangat, maklum balas pengundi positif