May 28, 2023

Konspirasi Zahid, Anwar sumbat Bossku ke penjara kini terbongkar

Spread the love

Bukan Fitnah .. Anwar/Zahid berkonspirasi pastikan Najib ke penjara untuk kuasai UMNO.

Sudah mulai berkumandang kuat dilapangan bahawa sudah kantoi kisah Anwar bersekongkol dengan Zahid dengan mempastikan Najib dihumban kepenjara dengan bermatlamat agar Zahid dapat menguasai UMNO secara total.

Sebab itu sejak beberapa hari selepas Najib dihantar kepenjara Kajang sudah tidak lagi kedengaran suara keras Zahid mempertikaikan episod Najib dihantar ke penjara Kajang. Malahan rintihan dan keluhan Najib melalui anak perempuan betapa kini Najib sedang tertekan dari segi fizikal dan mental langsung tidak diambil pusing dan kisah oleh Zahid. Ini cukup berbeza sekali ketika Najib belum dihantar kepenjara atau paling tidak sehari selepas Najib dihantar kepenjara maka diadakan suatu Perhimpunan Khas Solidari Untuk Najib.

Jelas nyata Zahid hanya berpura-pura memperjuangkan Bossku. Tujuannya ialah memastikan penyokong Najib akan bersama dengannya dan mengelak perpecahan lebih besar berlaku dalam UMNO.

Fikir-fikirkanlah wahai akar umbi UMNO. Walaupun bossku bukan manusia sempurna tapi dia tak pernah terfikir untuk gadaikan UMNO kepada Anwar apatah lagi DAP.

Sanggupkah akar umbi bertuankan DAP? Mahukah korang angkat Anwar manjadi Perdana Menteri? Terbayangkah Mat Sabu, Khalid Samad yang sentiasa menghina UMNO dipilih menjadi menteri? Akhirnya UMNO @ BN hanya dapat lebih jawatan menteri & timbalan menteri. Ngeri wooooo