Orang bukan Islam di negara ini tidak perlu takut memberi peluang kepada Perikatan Nasional untuk menerajui kepimpinan Kerajaan Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November ini.
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata ini terbukti bahawa sejak dua tahun ditubuhkan Perikatan Nasional bukan sebuah parti perkauman, kerana turut dianggotai parti Gerakan.
Memberi contoh pentadbiran PAS di Kelantan dan Terengganu, Presiden PAS itu berkata tidak ada sebarang rasuah dan salah laku di dalam pentadbiran di kedua-dua negeri itu sejak beberapa tahun lalu.
“PAS telah menjadi pemerintah kelantan sebanyak kali – dari tahun 1959 hingga 1978 dan dari 1990 hingga sekarang tanpa ada sebarang kes rasuah dan salah laku.
“Begitu juga di Terengganu tiada sebarang salah laku ketika PAS menjadi pemerintah sebanyak tiga kali – dari tahun 1959 hingga 1961, 1999 hingga 2004, dan 2018 hingga sekarang.
“Sama juga ketika PAS memerintah Kedah sebanyak dua kali – dari tahun 2008 hingga 2012, dan dari 2018 hingga sekarang,” katanya pada Majlis Ramah Mesra bersama Presiden PAS di Restoran Al-Badiyah, KL Traders di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, hari ini (10 November 2022).
Hadir sama calon-calon Perikatan Nasionaldi Wilayah Persekutuan daripada PAS bagi Parlimen Batu, Ustaz Azhar Yahya; Ustazah Nuridah Salleh (Wangsa Maju); Dr Rosni Adam (Titiwangsa); dan Ustaz Fauzi Abu Bakar (Lembah Pantai).
Abdul Hadi juga mengimbas kembali sejarah hitam Tragedi 13 Mei di Malaysia yang berlaku di negeri-negeri yang dikuasai DAP pada ketika itu, termasuk di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
“Di Kedah, Terengganu, Kelantan yang diperintah PAS tidak tercetus Tragedi 13 Mei 1969. Di ketiga-tiga negeri itu, dapat disaksikan bagaimana keluarga Cina dan India boleh hidup aman dalam kampung Melayu.
“Itu memang adab yang diajar oleh Islam. Kalau kita (Perikatan Nasional) perintah kelak, negara aman dan stabil, orang bukan Islam jangan takut, alhamdulilah.
“Sementelah Perikatan Nasional bukan sahaja menggabungkan PAS dan Bersatu tetapi juga parti Gerakan, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR),” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat berbilang kaum di negara ini untuk sama-sama bersatu padu membuat perubahan pada 19 November ini dengan mengundi calon-calon Perikatan Nasional.
More Stories
Lebih 160,000 mengundi di Padang Serai, Tioman hari ini
Padang Serai, Tioman akan ditahan, tsunami Melayu memilih PN
Nor Idayu bersemangat, maklum balas pengundi positif