Rafizi Penipu & Pemfitnah?
Mungkin terdesak untuk mencari formula memenangkan PKR & PH di Pru15 ini Rafizi mula menyerang Timbalan Presiden PAS Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Fitnah berkenaan projek rundingan terus bernilai RM2 Billion ketika kerajaan sementara atau caretaker government.
Plan seperti ini terpaksa dilakukan untuk menimbulkan keraguan rakyat terhadap kepimpinan PN yang ternyata bersih dari sebarang hukuman dan tuduhan di mahkamah. Kelakarnya ialah Rafizi memilih mengadakan sidang akhbar berbanding melaporkannya kepada pihak berkuasa SPRM.
Macam budak kecil yang baru terlibat dengan politik. Jika pertuduhannya berasas dan ada bukti kukuh, sudah pasti dia akan berani melaporkannya kepada SPRM.
DS TITM lebih berani dengan memberikan masa 7 Hari sama ada minta maaf atau laporkan ke SPRM. Beliau enggan malahan memilih untuk membuat kenyataan “tidak perlu lapor je SPRM”.
Sebelum ini Rafizi juga pernah kantoi beberapa kali ketika kempen pru14 yang lalu. Antara fitnah dia yang popular ialah kisah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung cincin bernilai RM24 juta.
Rafizi akhirnya mengaku bahawa dia bergurau dan kes tersebut setel luar mahkamah. Walaupun sebelumnya dia tetap dan tak akan menarik balik tuduhan.
Yang paling diingati ialah fitnah Rafizi kepada Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) ketika Langkah Kajang.
Tujuan fitnah hanyalah memastikan Bossnya Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor setelah TSKI enggan meletak jawatan. Kalaulah kepimpinan sendiri pun dia sanggup fitnah, apatah lagi kepimpinan parti lawan yang dijangka akan memenangi pru15.
PH dijangka akan membuat beberapa serangan peribadi melibatkan integriti dan salahlaku kepada pimpinan Perikatan Nasional. DS TITM adalah yang pertama, bakal menyusul siri-siri fitnah.
So, korang boleh la ‘ignore’ semua fitnah yang akan dilakukan oleh Rafizi & PH. Kalau ye pun nak menang, tak kan la sampai memfitnah. Integriti dan Erika dalam berpolitik kenalah ada.
More Stories
Lebih 160,000 mengundi di Padang Serai, Tioman hari ini
Padang Serai, Tioman akan ditahan, tsunami Melayu memilih PN
Nor Idayu bersemangat, maklum balas pengundi positif