
Sudah banyak kali tengok Kak Lah redah banjir dengan berjubah, berbaju kurung.
Setiap ceruk kampung Kak Lah akan masuk hulurkan bantuan.
Yang paling menyayat hati, pernah waktu menjadi wakil rakyat, Kak Lah pergi berjumpa dengan seorang pegawai Bank Islam,
“Saya nak buat pinjaman bank, personal loan dalam RM100,000,” minta Kak Lah.
Pegawai itu tanya,”Untuk apa Kak Lah nak buat pinjaman? Untuk beli tanah ke?”
“Tak, duit ni saya nak guna untuk bantu rakyat miskin.”
Terkejut pegawai tersebut sebab tidak ada orang yang pernah buat begitu.
“Tolonglah bantu saya.Saya akan bayar sikir-sikit hutang ni nanti,” tambah Kak Lah.
Hampir 10 tahun Kak Lah ambil masa untuk habiskan hutang yang 100% digunakan untuk rakyat. Duit RM100,000 itu lah beliau manfaatkan untuk ziarah, masuk kampung dan bantu rakyat.
2008 sehingga 2019 beliau menjadi pembangkang dalam Parlimen. Ketika itu, satu sen pun peruntukan tidak diberi kepada ahli parlimen pembangkang selain elaun gaji sahaja.
Mahu tidak mahu, sebagai pemimpin yang prihatin, 85% gaji Kak Lah telah disumbangkan kepada masyarakat.
Alhamdulillah, pada 2020, wanita hebat ini telah diangkat menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Sekali lagi beliau membuktikan keprihatinannya terhadap masyarakat.
Setelah hampir 2 tahun, pelbagai kejayaan dan pencapaian telah dilakukan di dalam KPWKM.
Manfaat ini dapat dirasai oleh golongan wanita, OKU, kanak-kanak dan warga emas.
Layaklah beliau digelar wanita hebat berjiwa masyarakat. Jika dipilih untuk terus berbakti, pasti lebih banyak pencapaian serta kebajikan dapat dilakukan oleh Kak Lah.
Besar harapan kita agar rakyat Rantau Panjang terus memilih Kak Lah dan semoga Kak Lah dapat terus berkhidmat dalam kerajaan akan datang.
Undilah PERIKATAN NASIONAL: Prihatin, Bersih dan Stabil.
More Stories
Lebih 160,000 mengundi di Padang Serai, Tioman hari ini
Padang Serai, Tioman akan ditahan, tsunami Melayu memilih PN
Nor Idayu bersemangat, maklum balas pengundi positif