Jangkaan ini berdasarkan sokongan kepada PN yang semakin meningkat dan mood perubahan yang ditunjukkan rakyat sehingga kini.
Di sebalik pelbagai ramalan politik, kita lihat sokongan kepada PN semakin jelas khususnya dalam kalangan pengundi muda.
Pengundi muda mahu sebuah kerajaan bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa. Trend sokongan semakin meningkat ini dijangka akan lebih menyerlah pada hari-hari terakhir kempen.
Tidak timbul soal gabungan politik buat masa ini.
Apa yang dinyatakan SUA PAS hanyalah pilihan sedia ada dan telah sedia diulas oleh pelbagai pihak.
Namun bagi PN, usaha berterusan bagi membentuk kerajaan PN yang dipilih oleh majoriti rakyat mesti ditingkatkan.
Rakyat dan penjawat awam telah serik di bawah PH selama 22 bulan, dan tidak mungkin mengulangi kesilapan lampau.
Demikian juga dengan BN dengan pelbagai kemelut kluster mahkamah, terpalit dengan salahlaku dalam kalangan sebahagian pimpinan menyebabkan rakyat hanya punyai satu pilihan, iaitu kerajaan PN.
Saya yakin kita mampu lakukannya.
Tuan Ibrahim Tuan Man
15hb Nov 22.
Cheka, Kuala Lipis.
More Stories
Lebih 160,000 mengundi di Padang Serai, Tioman hari ini
Padang Serai, Tioman akan ditahan, tsunami Melayu memilih PN
Nor Idayu bersemangat, maklum balas pengundi positif