Ekoran daripada keghairahan UMNO yang mahukan PRU-15 diadakan segera setelah BN berjaya memenangi 40 daripada 56 kerusi PRN Johor 2022 secara solo telah mendorong saya untuk menguji hipotesis dibawah ini.
Hipotesis: PN mampu meneraju Pahang pada PRU-15 sekiranya trend PRN Johor 2022 berulang pada PRU-15 di dalam pertandingan 3 penjuru atau lebih.
Dari PRN Johor didapati:
- 55 daripada 56 DUN pada PRN Johor 2022 mengalami penurunan undi BN.
- 55 daripada 56 DUN pada PRN Johor 2022 mengalami penurunan undi PH.
- 51 daripada 56 DUN pada PRN Johor 2022 mengalami kenaikan undi PN.
Inilah yang dikata trend atau kecenderungan pengundi di PRN Johor.
Trend undi BN dikatakan menurun sebab undi BN di semua DUN menurun kecuali satu.
Trend undi PH dikatakan juga menurun sebab undi PH di semua DUN menurun kecuali satu.
Trend undi PN pula dikatakan menaik sebab undi PN di semua undi DUN menaik kecuali lima. Trend terperinci mengikut kawasan pengundi Melayu pada PRN Johor adalah seperti berikut bersandarkan perbezaan undi pada PRU-14 dengan undi pada PRN Johor 2022:
Trend PRN Johor:
A= % Pengundi Melayu
B= % Undi BN Turun purata)
C= % Undi PH Turun (purata) D= % Undi PN Naik(purata)
A / B / C / D
90-100/-14.73 /-19.61/15.24
80-89/ -12.98/-19.76/10.93
70-79/-9.18/ -24.57/8.24
60-69/ -8.98/ -24.15/4.46
50-59/-9.02/ -28.21/6.88
40-49/-7.53/ -28.55/4.92
30-39/-4.84/ -32.75/2.11
20-29/-5.99/ -35.07/ 7.53
Untuk membuat simulasi PRU-15 di Pahang mengikut trend PRN Johor, saya menolak dan menambah peratus undi turun atau naik seperti carta diatas daripada undi parlimen dan DUN Pahang pada PRU-14 mengikut kawasan peratus pengundi Melayu. Contoh, untuk kawasan 70-79% pengundi Melayu, saya tolak 9.18% dari undi BN, tolak 24.57% dari undi PH, dan tambah 8.24% ke undi PAS pada PRU-14.
Setelah disimulasikan trend PRN Johor keatas 14 kerusi parlimen Pahang dan 42 kerusi DUN Pahang maka saya dapati: PN menang 8 kerusi parlimen, BN menang 6 dan PH kalah semua kerusi; PN menang 28 kerusi DUN, BN menang 11, dan PH menang 3 kerusi.
Justeru, hipotesis “PN mampu meneraju Pahang pada PRU-15 sekiranya trend PRN Johor 2022 berulang pada PRU-15 di dalam pertandingan 3 penjuru atau lebih” adalah benar.
Ini kerana 28 kerusi PN daripada 42 kerusi DUN Pahang sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan PN yang stabil di Pahang.
Kesimpulan
Daripada simulasi ini, jangkaan UMNO Pahang untuk memenangi 35 kerusi DUN seperti yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian dilihat agak sukar sekiranya kecenderungan pengundi Pahang sama seperti kecenderungan pengundi pada PRN Johor. https://www.sinarharian.com.my/article/223450/berita/politik/pru15-umno-pahang-sasar-menang-35-kerusi-dun
Saya berpendapat adalah lebih mudah untuk PN mengalahkan BN di Pahang daripada di Johor kerana: ramai ahli UMNO yang tidak puas hati dengan DS Zahid; PAS lebih kuat di Pahang daripada di Johor, maka sokongan kepada PN seharusnya lebih banyak; dulu masa PRU-14 PAS menang 8 kerusi secara solo, maka sekarang bersama PN seharusnya PH boleh menang lebih banyak kerusi; orang atas pagar akan menyokong PN kerana PN tidak berserabut dengan masalah macam UMNO yang terikat dengan banyak kes rasuah.
Satu lagi faktor yang membimbangkan UMNO ialah kuasa undi pengundi pertama kali yang berjumlah 7.8 juta dari 21.1 juta jumlah keseluruhan pengundi. Mereka adalah pengundi muda dan satu kajian anjuran Forum Ekonomi Dunia pada tahun 2016 telah mendapati 81% anak muda di Malaysia membenci rasuah (https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anak-muda-sepakat-rasuah-cabaran-utama-negara-153743). Justeru, agak sukar untuk anak muda menyokong UMNO dan DAP yang masing-masing terpalit dengan rasuah dan besar kemungkinan akan mengundi PN yang jelas tidak ada kes rasuah.
Kemenangan PN bakal dibantu oleh prestasi PH yang sangat teruk yang kalah pada 7 PRK lepas dan dalam 3 PRN yang terakhir gara-gara penolakan rakyat khususnya orang Melayu keatas PH kerana kerakusan kerajaan PH yang menjarah kepentingan orang Melayu Islam selama 22 bulan.
Pemimpin PH dan BN masing-masing mempunyai kes rasuah yang masih berjalan di mahkamah sedangkan pemimpin PN tidak terlibat dalam apa-apa pendakwaan di mahkamah. Dengan slogan Bersih dan Stabil (BEST), rakyat melihat PN sebagai pilihan terbaik dalam PRU-15. Malah culaan keatas kecenderungan pengundi mendapati PN menjadi pilihan rakyat. Lihat video dibawah ini.
(RAMALAN PRU15: PECAHAN PENUH IKUT NEGERI – PN, GTA, WARISAN DIJANGKA PEROLEH SEJUMLAH 110 KERUSI – https://www.youtube.com/watch?v=ecqap4bvTHE)
Sama-samalah kita tunggu hari mengundi pada 19 November 2022 untuk mengetahui apakah keputusan PRU-15 akan melihat Pahang diterajui oleh PN buat pertama kali dalam sejarah? Selepas PRU-15, saya akan buat satu analisis lagi atau post-morten untuk mengetahui apakah trend PRU-15 di Pahang ini.
Selamat mengundi.
Dr Muslim
Kuantan
12 Nov 2022
Lampiran A:
Faktor Yang Boleh Menyebabkan Kekalahan BN di Pahang
- BN terpalit rasuah
- DS Zahid ada kes mahkamah
- Rundingan sulit BN dan PKR
- Ramai calon BN yang ada kes mahkamah
- Pengundi muda benci rasuah dalam BN
- Melayu marah Zahid tolak gabungan MN
- BN tolak calon yang melawan Zahid
- Peratus keluar mengundi dijangka tinggi
- BN mendesak PRU diawalkan
- Ucapan Zahid di perhimpunan MIC
- DS Zahid kantoi SD dan perbualan telefon dengan Anwar
- Undi protes keatas kepimpinan Zahid
- Rakyat marah isu tanah haram musang king di Raub
- UMNO Pahang tidak sekuat UMNO Johor, maka yang tak puas hati dengan Zahid akan memilih PN
- Dulu Najib belum didakwa pun kalah PRU-14, sekarang makin ramai didakwa lagi parah UMNO
- Orang atas pagar akan menolak UMNO kerana masalah UMNO yang terikat dengan banyak kes rasuah.
Faktor Yang Boleh Menyebabkan Kekalahan PH
- PH juga terpalit rasuah
- Anwar dan Lim Guan Eng juga ada kes mahkamah
- Rundingan sulit BN dan PKR
- Ada calon PH yang ada kes mahkamah
- Pengundi muda benci rasuah dalam PH
- Penyokong PH marah PH nak gabung dgn UMNO
- Isu tanah haram musang king di Raub
Faktor Yang Boleh Menyebabkan Kemenangan PN
- Bersih rasuah
- TS Muhyiddin bersih
- PN Bersih – tiada rundingan sulit
- Calon2 PN bersih tiada kes mahkamah
- Pengundi muda sokong PN bebas rasuah
- Tidak menolak gabungan PAS – UMNO
- Mengambil calon yang digugurkan UMNO
- Peratus keluar mengundi dijangka tinggi
- Undi protes keatas Zahid tidak akan pergi ke PH tetapi pergi ke PN
- PAS lebih kuat di Pahang daripada di Johor, maka sokongan seharusnya lebih banyak.
- Dulu PRU-14 solo pun PAS menang 8 kerusi, sekarang bersama PN seharusnya menang lebih banyak kerusi.
- Orang UMNO yang tidak puas hati dengan Zahid akan mengundi PN.
- Orang atas pagar akan menyokong PN kerana PN tidak bermasalah macam UMNO yang terikat dengan banyak kes rasuah.
Lampiran B:
Keputusan penuh simulasi PRU-15 negeri Pahang mengikut trend PRN Johor adalah seperti berikut:
Simulasi PRU-15 Parlimen Pahang (Mengikut Trend PRN Johor 2022)
(PN=8, BN=6, PH=0):
- Ramli Mohd Nor (BN UMNO)
- Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad(BN-UMNO)
- Datuk Chong Sin Woon(BN-MCA)
- Khairil Nizam Khirudin(PN-PAS)
- Datuk Seri Saifuddin Abdullah(PN-Bersatu)
- Wan Razali Wan Nor(PN-PAS)
- Aireroshairi Roslan(PN-PAS)
- Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali(BN-UMNO)
- Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib(PN-Bersekutu)
- Kamal Ashaari(PN-PAS)
- Salamiah Mohd Nor(PN-PAS)
- Tan Sri Liow Tiong Lai (BN)
- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN)
- Datuk Abdul Khalib Abdullah(PN-Bersatu)
PN mampu menang dua lagi kerusi dibawah ini kerana majoriti undi bawah 4 peratus:
- Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad(BN-UMNO)
- Datuk Chong Sin Woon(BN-MCA)
(PN=10, BN=4, PH=0)
Simulasi PRU-15 DUN Pahang (Mengikut Trend PRN Johor 2022)
(PN=28, BN=11, PH=3):
PAS 21
Bersatu 7
Gerakan 0
Bersekutu 0
UMNO 9
MCA 2
MIC 0
DAP 2
PKR 1
PAN 0
GTA 0
Jumlah 42
- Wong Yap Wah (MCA)
- Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (UMNO)
- Muhamad Khaider Bin Kamil (PAS)
- Tuan Ibrahim Bin Tuan Man (PAS)
- Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak (UMNO)
- Datuk Abd Aziz Mat Kiram(UMNO)
- Tengku Zulpuri Shah (DAP)
- Fadzli Mohamad Kamal(UMNO)
- Mohd Zakhwan Bin Ahmad Badarddin (PAS)
- Zuridan Bin Md Daud (PAS)
- Yohanis Bin Ahmad (PAS)
- Andansura Bin Rabu (PAS)
- Zulfadhli Bin Zakariah (PAS)
- Sim Chon Siang (PKR)
- Rosli Bin Abdul Jabar (PAS)
- Mohd Hafizal Bin Mohamed Shah (PAS)
- Mohamad Ayub Bin Asri (PAS)
- Mohd Yazid Bin Mohd Yunus (Bersatu)
- Mohd Tarmizi Bin Yahya (PAS)
- M Rafiq Khan B Ahmad Khan (PAS)
- Haji Abu Talib Bin Muhammad (Bersatu)
- Datuk M. Fakharuddin Mohd Ariff(UMNO)
- Fahrur Rozi Bin Jalaluddin (PAS)
- Mohd Sofian Bin Abd Jalil (PAS)
- Jasri Bin Jamaludin (Bersatu)
- Mujibur Rahman Bin Ishak (PAS)
- Md Anuar Bin Daud (PAS)
- Mohd Arhan Bin Mohd Saludin (Bersatu)
- Shahril Azman Bin Abdul Halim (PAS)
- Mohd Yusoff Bin Abdullah (Bersatu)
- Hassan Bin Omar (PAS)
- Hassanuddin Bin Salim (PAS)
- Wong Siew Mun (MCA)
- Datuk Amizar Abu Adam(UMNO)
- N35 Sabai – (belum diumumkan)(MIC?)
- Datuk Seri Johari Harun(UMNO)
- Nor Hashimah Bin Mat Noh (Bersatu)
- Leong Yu Man (DAP)
- Khaizulnizam Mohamad Zuldin (UMNO)
- Nazri Bin Ahmad (PAS)
- Zulkurnain Bin M. Ridzuan (Bersatu)
- Md Yunus Bin Ramli (PAS).
Oleh: Dr Muslim -Kuantan (16 Nov 2022)
More Stories
Lebih 160,000 mengundi di Padang Serai, Tioman hari ini
Padang Serai, Tioman akan ditahan, tsunami Melayu memilih PN
Nor Idayu bersemangat, maklum balas pengundi positif