Kelihatan All Out program Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) berkempen untuk Calon BN di Ketereh, jentera kerajaan telah digunakan.
Jentera saya hanyalah rakyat yang prihatin mahukan perubahan. Saya bukan Menteri, saya bukan pengerusi GLC untuk saya gunakan mereka dalam siri-siri kempen saya. Budaya seperti ini patut dielakkan. Biarlah kita bertembung dalam Pilihan Raya digelanggang yang sama rata.
Namun saya tetap bersyukur, saya dihadirkan oleh Allah S.W.T mereka yang ikhlas membantu, menginfakkan kudrat dan tenaga. Membantu dan menyusun kempen saya untuk menemui rakyat. Anak muda yang bertenaga, para penjawat awam yang menyembunyikan jawatan mereka tetapi menzahirkan gerak kerja, team media yang menyumbang kepakaran. Atas kesedaran ini saya sangat-sangat bersyukur.
Biarlah aktiviti kita tahap kampung, sembang kita dikedai kopi namun mentaliti kita untuk merubah Malaysia supaya Bersih dan Stabil.
Jom, kita tolak budaya ini, kita sepakat
Salam Jumaat, Sollu Alan Nabi..
More Stories
Lebih 160,000 mengundi di Padang Serai, Tioman hari ini
Padang Serai, Tioman akan ditahan, tsunami Melayu memilih PN
Nor Idayu bersemangat, maklum balas pengundi positif