May 31, 2023

Netizen pelik kenapa Anwar tak serang UMNO, Zahid tak balun PKR

Spread the love

Setakat ini tiada lagi kedengaran Presiden Parti Derita balun Presiden Parti Keramat, begitulah sebaliknya Presiden Parti Keramat henyak Presiden Parti Derita.

Mereka berdua secara kolektif asyik serang TSMY dan TGHH.

Maka benarlah jika undi BN sama jugalah berikan undi kepada PH begitulah sebaliknya jika undi PH sama jugalah memberikan undi kepada BN.

Edisi internet tidak pernah tidur .. sejarah tidak mudah dipadamkan begitu sahaja.

Siapa bapa pengkhianat dan siapa raja main banyak kolam?

Depan para perwakilan di PAU 2020 .. Pergh! Wak Jahid punya teriak macam nak runtuh siling Dewan Merdeka PWTC .. No D4P No Anwar No PPBM!.

Turun pentas .. tersebar luas rakaman audio perbualan bincang penuh dengan gelak tawa antara Cikgu/anak murid, suatu politik jajaran baru yang turut melibatkan D4P.

Bila terdedah .. mati-matian nafikan sambil menuduh ini suatu fitnah jahat nak meosakkan reputasi dan nama baiknya sebagai Presiden UMNO, sampai cakap akan arahkan Pegawai Khasnya untuk buat laporan polis dalam kada segera. Begitu juga dengan Presiden PKR janji akan kerah pegawainya juga buat laporan polis.

Kesudahanya apa yang berlaku? Sampai sekarang tiada satu pun laporan polis dibuat oleh kedua-dua pegawai khas mereka malahan ahkhirnya Presiden UMNO, Wak Jahid mengaku itu memang suara dia sedang berbual dengan Anwar Ibrahim tetapi beri alasan yang Anwar menalipon beliau dan beliau menalipon Anwar.

Pokoknya bukan siapa yang menalipon siapa tetapi benarkah ada perbincanag antara kedua mereka mengenai politik jajaran baru yang turut melibatkan D4P.

Realitinya? Siapa yang kena tipu dan siapa yang menipu? Siapa yang khianat pada ketetapan parti dan siapa yang kena khianat?

Lagi nak hina dan lekehkan PAS parti Pak Lebai pagi cakap lain petang cakap lain?

Mengata dulang paku serpih!

Sebab itu anak-anak muda mohon cuitkan minda dan guna akal logik untuk berfikir secara waras dan menilai. Jika tergamak menipu dan melakukan khianat kepada seluruh para perwakilan di PAU2020, segi hukum akal logik .. apa yang dia tak mampu lakukan.

Sebab itu kena tolak parti yang keruh dan berkeladak dan pilih yang Bersih dan Stabil.

UNDILAH PAS/PERIKATAN NASIONAL