June 4, 2023

Perikatan Nasional bakal kuasai Perlis, Perak dan Pahang

Spread the love

Terkini & Sensasi. Perikatan Nasional Bakal Kuasai Perlis Perak & Pahang Tahniah Semua!!!

Bukan rahsia lagi apabila kita melihat gelombang besar yang dibawa oleh para penyokong Perikatan Nasional di 3 negeri ini iaitu Perlis, Perak dan Pahang. Antara punca terjadinya gelombang besar ini ialah hubungan sulit 2 presiden melibatkan cikgu & anak murid. Hubungan yang tidak boleh diterima oleh sebahagian besar penyokong kedua-dua parti.

Lebih indah lagi, gelombang ini dimulakan oleh anak-anak muda. Walaupun analisis sebelumnya mendapati bahawa anak muda akan menyokong PH kerana isu integriti pemimpin BN, akan beralih arah kerana hubungan sulit tersebut. Mereka seolah-olah ditipu oleh PH yang kononnya kuat mengecam BN tetapi membuat persefahaman dan perjanjian sumbang. Kerana tidak mahu tertipu lagi maka anak-anak muda tekad memilih PN kali ini.

Akan ada dikalangan pembaca mengatakan bahawa kenyataan ini adalah mimpi dan saraf untuk memenangkan PN di 3 negeri, tidak menjadi masalah, sebab hak bersuara dan memberi pendapat memang dibenarkan di Malaysia. Percaya atau tidak bukan isu kerana ia dibuktikan dengan gambar dan video. Setiap pergerakan dan kempen calon-calon PN akan disertai oleh ramai anak-anak muda sebagai tanda sokongan.

Sudah masanya kita bertukar kepimpinan negara. Kita sudah merasai bagaimana BN mentadbir selama 60 tahun. Sememangnya ada kemajuan tetapi disebaliknya juga ada ketirisan, kebobrokan dan salahlaku pegawai dan pemimpin pentadbir.

Kita juga diberi peluang merasai penjajahan PH selama 22 bulan. Semua rakyat termasuk orang Cina yang memberikan undi kepada PH di Pru14 menyesal dengan tindakan dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi di Pru15. Mereka langsung tidak menyangka bahawa pembaharuan yang diimpikan bertukar sebaliknya. Keharmonian hidup berbilang bangsa dan agama seakan hilang. Kecelaruan pentadbiran dan penipuan manifesto adalah perkara paling tragis dalam hidup mereka.

So pilihan yang ada adalah Perikatan Nasional. Tempoh singkat 17 bulan dibawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun dalam situasi pandemik dilihat memperbaiki semua kerosakan yang diusahakan oleh PH dan BN serta mampu mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemimpin negara. Rakyat juga sedar bahawa Masih wujud pemimpin Bersih dan Stabil yang boleh diberi peluang menjaga negara sebaiknya.

Jangan menyesal kali kedua. Jangan ragu untuk mengundi PN. Kepada yang bakal mengundi awal hari ini. Selamat mengundi. Ingatlah bahawa hanya Perikatan Nasional yang dapat memberikan kegembiraan, keamanan, keharmonian dan kemewahan melimpah ruah kepada rakyat. Kekayaan Malaysia dikongsi bersama.

Undilah Perikatan Nasional