
Seorang lelaki ditahan selepas memuat naik kandungan berunsur ancaman terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Penahanan lelaki berusia 30-an itu dilakukan selepas suspek yang menggunakan akaun Instagram williamkhor87 sebelum ini memuat naik satu kandungan dengan foto Yang di-Pertuan Agong.
Menerusi foto berkenaan, terdapat tulisan yang berunsur ugutan ke atas Agong dan kerabat baginda.
Tangkapan layar kandungan itu kemudian tersebar di media sosial yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.
Difahamkan, lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang malam tadi.
Ketua Polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses reman terhadap lelaki berkenaan
More Stories
DAP Islamfobia: Apakah salah menyatakan kebenaran?
Israel gembira Anwar jadi Perdana Menteri
Bekas Ketua Hakim Negara kritik tindakan Zahid