June 4, 2023

Akhirnya pengundi UMNO, PH kena tipu buta-buta – FHO

Spread the love

AWAS TELUNJUK LURUS

Politik Malaysia mencorakkan satu bentuk baru. Keadaan ini menjadikan sebahagian dari rakyat semakin muak dengan politik. Apa yang pasti, pengundi umno dan PH sebenarnya rasa tertipu.

Asas kempen PH adalah BN perompak dan kaki sakau. Kini yang menuduh dan di tuduh keduanya memimpin negara. Bayangkan apa akan jadi kepada negara.

Secara konsisten kita telah sebutkan bahawa Anwar dan Zahid mempunyai agenda yang sama. Malah saya lebih berkeyakinan bahawa Zahid adalah agen yang di hantar Anwar untuk menguasai Umno. Bagi memastikan Zahid terjaga di hantar seorang lagi bernama Lokman Nor Adam.

Anwar sangat terdesak ingin menjadi PM dan Zahid sangat terdesak untuk bebas dari hukuman yang sedang dalam pendakwaan mahkamah.

Apa yang ingin saya tegaskan bahawa kedua pemimpin ini adalah penipu sebenar kepada pengundi rakyat Malaysia khasnya pengundi PH dan BN. Walaupun penipuan itu telah terbongkar, namun secara konsisten dan confident keduanya menafikan dalam kempen terbuka.

Persoalan yang wajar difikirkan, adakah seorang Perdana Menteri yang menipu dengan penuh yakin dalam kempen PRU tidak akan menipu lagi rakyat sendiri. Begitu juga Zahid Hamidi yang bukan hanya menipu pengundi, malah secara terangan menipu perwakilan dan pimpinan umno dalam PAU. Malah di dedahkan pimpinan BN bahawa Zahid juga menipu Istana.

Rakyat tetap punyai kuasa. Tidak perlu turun ke jalan raya seperti cara Anwar, cukup dengan protes damai. Ahli umno ada perhimpunan Agong malah dalam tempoh enam bulan ada pemilihan. Saya tidak fikir ahli yang tiada kepentingan akan terus rela di tipu. Masanya gelombang protes dalam umno samada keluar parti atau menyatakan penentangan terbuka di media. Beri pengajaran kepada pimpinan yang hanya fikirkan tembolok sendiri.

Bukan mencampuri urusan parti lain namun seluruh rakyat rasa tertipu. Apapun, Perikatan Nasional tetap teguh dan tegas dengan prinsip menolak DAP dan Anwar. Ia bukan menolak perpaduan tetapi menolak kerosakan.

Semoga rakyat Malaysia tidak di pedaya seterusnya. Berhati hatilah dari telunjuk yang akan lurus. Perhatikan kelingking yang akan mengait.

FHOAS
251122
IPOH