June 4, 2023

Anwar bakal catat PM tersingkat dalam sejarah?

Spread the love

Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mencatat rekod bersejarah apabila akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia setelah memulakan langkah untuk ke jawatan itu sejak sekian lama.

Beliau berada di kedudukan sebagai calon PM Ke-5 untuk menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun, ketika menanti batton kuasa, skandal moral bekas Timbalan PM itu terbongkar.

Beliau tersingkir dari kerajaan dan partinya UMNO yang sejarah itu dikenang sebagai satu konspirasi dalam hikayat dimasyhurkan. Tetapi masa membuktikan, siapa Anwar sebenarnya.

Sejak itulah beliau meratib diri sebagai bakal PM dan menggerakkan pelbagai ‘Langkah’ atau ‘Move’ serta pembohongan memiliki angka yang cukup dan kukuh. Namun, tidak pernah sekalipun terbukti.

Akhirnya, rakyat bosan dengan beliau ditambah watak-watak dirinya yang lebih banyak memakai ‘kosmetik’ dan bergantung kepada kepentingan pihak lain. Sedangkan pihak berkenaan hanya memperalatkannya.

Beliau juga mencipta sejarah kerana menjadi PM yang mempunyai rekod banduan serta menerima pengampunan, selain disokong oleh kaum minoriti, serta paling kerap bertukar kerusi.

Kini beliau juga mungkin mencipta satu lagi rekod sejarah iaitu mungkin menjadi PM paling singkat yang dijangka kurang satu bulan. Ini berikutan Dewan Rakyat akan bersidang pada 19 Disember depan.

Anwar yang baharu mengangkat sumpah jawatan PM pada 24 November kelmarin, akan berdepan undi Ahli-ahli Parlimen untuk menentukan keabsahan sokongan dimilikinya.

Ini kerana sememangnya diketahui beliau tidak memiliki majoriti ketika mahu dilantik sebagai PM kecuali dengan sokongan dinyatakan secara ‘en bloc’ oleh Barisan Nasional (BN).

Itupun melalui dakwaan Pengerusi BN, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang diketahui cukup kuat menipu. Sedangkan ramai maklum sebahagian dari Ahli Parlimen BN tidak menyokong Anwar.

Oleh itu, dengan sokongan yang belum diabsahkan jumlah majoritinya, Anwar terpaksa membuktikan di Dewan Rakyat pada 19 Disember depan, sekali gus memungkinkan berakhirnya hayat PM10.

Maka, tempoh ini adalah masa Anwar cuba meraih sokongan yang terjamin. Apakah ‘Langkah’ atau ‘Move’ akan dilakukan beliau? Seperti semua sedia maklum, tidak ada pihak yang sangat setia kepadanya kecuali sedikit.

Demikian itu drama politik Malaysia sebenarnya belum benar-benar berakhir. Cuti hujung tahun rakyat Malaysia kali ini bakal menyaksikan debaran yang lebih memuncak. Sama-sama nantikan!