May 31, 2023

DAP sebenarnya tunjang kerajaan PH-BN pimpinan Anwar – UMMAH

Spread the love

Kenyataan Media

DAP TUNJANG KERAJAAN PH-BN PIMPINAN ANWAR IBRAHIM

Kerajaan yang yang terbina hari ini adalah sebenarnya hasil manipulasi dan helah Anwar-Zahid kepada yang YDPA, juga sebuah kerajaan PH yang berteraskan DAP – 40 MP yang pernah menjadi igauwan buruk selama 22 bulan suatu masa lalu 2018.

Malah kerajaan perpaduan yang diarah dipromosikan kepada media hanyalah nama yang dicipta bagi menghalalkan tindakan gabungan Umno dan PH yang berteraskan DAP.

DAP adalah satu parti yang sangat alergik kepada melayu muslim yang membawa ideologi liberalisasi agama dan melayu.

Parti yang cuba membawa dan menghidupkan semula perjuangan komunis dalam pendidikan melalui buku komik yang disebarkan disekolah dan mengangkat sejarah komunis dengan membawa masuk abu mayat Cheng Peng untuk ditaburkan di Banjaran Titiwangsa.

Parti yang yang menghentam melayu dalam ucapan mereka berdasarkan Deklarasi Setapak 1967 yang menghalang penguasaan kaum melayu dan Islam. Mereka mahu sama rata sama rasa.

DAP juga parti yang sentiasa mempertahankan pendidikan sekolah swasta vernakular dengan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dasar pendidikan mereka malah sistem pepereksaan UEC sendiri yang membawa kepada sekolah dua aliran di negara ini membantu melebarkan lagi jurang perpecahan kaum yang besar diantara cina dan melayu kepada generasi muda hari ini.

DAP juga yang mempuyai dan menguasai persatuan perniagaan yang mampu membuat kawalan keatas ekonomi dengan cara monopoli dan kartel yang akhirnya mensabotaj ekonomi negara seperti kartel ayam dan telur serta lain-lain.

Dap juga sedang berusaha
kearah membentuk polisi bagi menguasai pentadbiran kerajaan tempatan dengan satu cadangan mewujudkan pilihanraya kecil
pemilihan ahli majlis kerajaan tempatan. Umum semua tahu kawasan bandar dan bandar kecil penduduk adalah majoriti dikuasai oleh kaum cina.

Dap juga tidak terlepas daripada kartel rasuah seperti kes pendakwaan rasuah terowong di Pulau Pinang dan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng dengan kes Banglo harga murahnya.

Akhir sekali Dap adalah satu parti yang sangat anti Islam apabila pemimpim mereka memberi amaran bahawa jika parti melayu-Islam menang negara ini akan menjadi seperti negara Taliban yang akan menindas dan menzalimi kaum cina dalam kempen pilihanraya mereka.

Kenyatan mereka yang menyokong arak, LGBT, pusat hiburan dan kelab malam , kongsi gelap ganster serta anti RUU 355 memperlihatkan wajah sebenar mereka. Suara-suara yang tidak puas hati untuk menghapuskan Jakim sentiasa menjadi wirid mereka.

‘Move’ politik mereka adalah untuk menjadikan negara ini sebuah negara republik yang akan
menghapuskan raja-raja melayu sebagai penjaga institusi agama Islam, apabila ada melayu Dap yang mula sangup mendedahkan rancangan menghapuskan Raja menjelang 2030.

Menurut kajian PRU 15 hanya 12 peratus majoriti melayu yang berada dalam kerajaan majoriti bukan melayu Islam di parlimen yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Adakah kerajaan ini mampu untuk mempertahankan islam dan melayu ?

Jawapannya pasti , tidak akan mampu , Melayu dan Islam akan terpinggir dengan lebih hina lagi.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

29 Nov 2022