Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim cukup licik dan pantas sekali memperdagangkan terma ‘Kerajaan Perpaduan’ untuk menjadi kempen politik terdesaknya.
Anwar mewajahkan beliau sebagai inklusif dan berjiwa besar mewujudkan keharmonian serta kebersamaan dengan semua pihak yang digambarkan sedang bersengketa.
Ahli Parlimen Tambun itu sedaya upaya menunggang bentuk kerajaan mahu diwujudkannya itu dengan dakwaan ia titah perintah dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Beliau yang merupakan cikgu kepada Pengerusi BN, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi berjaya meyakinkan anak muridnya itu untuk menyebut perkataan sama tersebut di khalayak awam.
Maka yakinlah mereka bahawa semua pihak mesti bersama dan bersatu teguh dalam gabungan baharu lagi besar dinamakan ‘Kerajaan Perpaduan’ itu yang dicelup manis.
Tergula-gulalah sekalian Ketua Bahagian UMNO yang asalnya mahu memberontak, kepada tergila-gila menyondol sang ketua supaya nanti terlantik dan terlentiklah di kerusi Senator atau GLC setidaknya.
Kerana ‘perpaduan’ itulah, maka musuh politik yang pernah cuba menjahanam agama, bangsa dan tanah air iaitu DAP, tiba-tiba dipuji puja bagaikan orang tengah angau bercinta.
Sedaya-upaya mereka meneutralkan kesangsian untuk disamak kepada boleh bersentuhan tanpa was-was kerana mendukung agenda lebih agung iaitu ‘perpaduan’.
Walhal ketika agenda penyatuan ummah yang lebih luas, terjamin dan penting, ada sahaja alasan dan pusing-pusing ala gasing mereka putarkan ke seluruh pelusuk alam buana.
Malangnya, kurang 24 jam yang menyaksikan harga petrol tidak turun-turun, tetapi yang naik adalah kecaman jahat terhadap laungan azan masjid di Manjung, Perak.
Begitu juga mesyuarat Dong Jong Zong dikatakan di Sabah yang menuntut UEC diiktiraf dan rangkaian sekolah Cina diberikan peruntukan kekal. Silibus mengagungkan negara China ini mahu dinasionalkan di Malaysia.
Nanti mereka yang tidak kenal dan tidak setia kepada Malaysia, kepada Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong ini serta tidak tahu berbahasa Melayu, dituntut meritokrasi untuk masuk universiti.
Dituntut diberikan biasiswa pelajaran, dituntut boleh masuk bekerja ke perkhidmatan awam, dituntut boleh memiliki tanah, dituntut status Bumiputera, dan boleh juga memasuki angkatan tentera sebagaimana pernah dituntut dahulu.
Malah, walaupun mereka masih pembangkang di Johor, turut menuntut dilantik dalam Jawatankuasa Pentadbiran Tanah dan Daerah negeri itu.
Jadi sebenarnya usaha mereka ini lebih kepada Kerajaan Perpaduan, atau sebenarnya patut dilabelkan sebagai Kerajaan Perkauman?
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan