May 28, 2023

“Jangan pandang enteng pada UMNO” kenyataan Annuar Musa bikin Anwar dilema

Spread the love

Kenyataan Annuar Musa ni masih lagi berpaksikan ketamakan kuasa .. dari dulu lagi umno ni walau pun ada yg nampak baik tapi nafsu mereka tetap tidak berubah

Debaran banyak pihak adalah tertumpu kepada pembentukan kabinet PM10.

https://www.themalaysianinsight.com/s/414794

Dilapurkan juga kononnya DSAI menghadapi dilemma kerana lobby dari banyak pihak.Itu sudah kelaziman dan saya percaya DSAI tahu cara menyelesaikannya.

Kabinet mesti berupa gabungan yang mampu menggalas tugas yang mencabar selepas ini.

UMNO melalui keputusan MKT telah membuat keputusan tuntas menyertai Kerajaan Perpaduan ini.Ia keputusan parti yg wajar dihormati,bukan saja oleh ahlinya tetapi juga oleh DSAI yg mengetuai Kerajaan Perpaduan.

Umno tidak harus dipandang enteng atau “to be taken for granted”.

Umno juga tidak harus diterima separuh separuh.

“Umpama semangkuk gulai,jangan kuah di ambil tapi isi nak dibuang”

Justeru pemilihan wakil umno dalam kerajaan wajar mengikut keutamaan hiraki partinya dan dengan redha kepimpinannya.

Yang penting Perdana Menteri perlu mempunyai pasukan berkerja yang mantap dan berwibawa.

Rakyat menanti sesuatu yang baik untuk semua.Sudah lama rakyat menanti.