Seperti yang diduga, jawatan Timbalan Perdana Menteri akan disandang oleh Zahid Hamidi kerana hierarki beliau sebagai Presiden Umno-BN. Ironinya Zahid Hamidi diangkat semula ke dalam kabinet Anwar Ibrahim walaupun semua maklum Zahid ada kes pecah amanah melibatkan 47 pertuduhan dan kes tersebut sedang dibicarakan di mahkamah. Jelas Anwar dan PH telah menjual prinsip mereka untuk menentang ‘penyamun’.
Agak menarik juga apabila kita melihat Nga Kor Ming seorang MP Cina DAP eskstrem dan chauvinist yang selalu menyentuh isu perkauman dan menakutkan orang non-Muslim kepada Islam dilantik sebagai Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan. Orang Melayu perlu risau sebab DAP ada agenda tersendiri apabila mereka dapat portfolio ini kerana DAP sangat memperjuangkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan (PBT) selain daripada isu pengiktirafan sijil UEC.
Calon menteri-menteri yang dicanang PH sebagai menteri berjaya tidak dipilih semula walaupun menang pada PRU15 ini. Misalnya Datuk Dr Dzulkefly Ahmad yang memenangi Parlimen Kuala Selangor tidak tersenarai dalam kabinet kali ini. Bahkan Tengku Zafrul yang kalah dengan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad boleh naik jadi menteri sebagai senator.
Dan satu lagi, Anwar kata dulu nak pisahkan Menteri Kewangan daripada portfolio Perdana Menteri, alih-alih sekarang dia pula yang dapat Menteri Kewangan tu. Memang cacamerba sungguh PM 10 ni punya prinsip.
Apapun tahniah PH kerana berjaya membiarkan kluster mahkamah Umno-Bn menguasai kabinet kerajaan PH dan DAP cuma dapat 3 kementerian sahaja.
Adakah kabinet kali ini kukuh boleh bertahan 5 tahun atau sekadar 22 bulan sahaja?
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan