Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff masing-masing dilantik sebagai Pengerusi Bebas dan Presiden Eksekutif dalam syarikat senarai awam berkuatkuasa hari ini.
Lantikan anak perempuan dan menantu kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu diumumkan Bursa Malaysia hari ini tidak beberapa hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan lantikannnya sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 baru-baru ini, menurut laporan portal Dagangnews.
Nurulhidayah dilantik pihak syarikat MQ Technology Bhd (MQTech), sementara suaminya, Saiful Nizam pula dalam syarikat Jiankun International Bhd.
Nurulhidayah sebelum ini merupakan naib pengerusi syarikat pembuatan acuan industri itu sejak dilantik ke jawatan tersebut pada 2 Jun lalu, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.
Antara pengalamannya termasuk berkhidmat sebagai Naib Presiden Komunikasi Korporat (Pengurus Besar) di Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dari Disember 2012 hingga April 2016.
Dalam makluman berasingan, MQTech turut mengumumkan pengerusinya, Datuk Lim Char Boo, 68 ditetapkan semula sebagai Naib Pengerusi, juga berkuat kuasa hari ini.
Ketika penutupan petang ini, harga saham MQTech muncul kaunter paling aktif diniagakan di Bursa Malaysia, menokok 1.5 sen atau 27.27% kepada 7 sen dengan 305.06 juta saham diniagakan.
Selain itu, saham yang turut dikaitkan dengan Zahid ialah SM Technology Bhd (SMTrack) juga aktif diniagakan dengan mengakhiri dagangan pada 8 sen setelah meningkat 1.5 sen atau 23.08%.
Untuk rekod, Saiful Nizam juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Jiankun International Bhd. dan SMTrack.
Saiful Nizam juga memegang 21 juta saham atau 8.58% pegangan dalam Jiankun.
Dalam laporan media semalam, seorang penganalisis berkata, Saiful ialah antara individu utama yang membolehkan Jiankun memperoleh projek pembangunan bernilai RM1.2 bilion di Kampung Baru, Kuala Lumpur, di sepanjang Jalan Tun Razak, yang diumumkan sebelum ini di laman web Bursa Malaysia.
Menurut pakar industri, projek premium seumpama itu di Daerah Pusat Perniagaan (CBD) Kuala Lumpur sepatutnya menjana pulangan sekurang-kurangnya RM400 juta kepada Jiankun.
Beliau menyertai Jiankun sebagai pengarah bebas bukan eksekutif pada April tahun lalu. AD
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Pemberian PrEP untuk pasangan Gay, adakah KKM sokong LGBT?
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan