March 28, 2023

Padang Serai: Melayu sokong Perikatan Nasional

Spread the love

Keputusan PilihanRaya Padang Serai dan Tioman telah diketahui umum. Kemenangan besar PN mengalahkan PH & BN sudah dijangka. Bonus kepada jangkaan itu ialah kemenangan majoriti besar lebih 16 ribu. Hadiah penduduk Padang Serai kepada Perikatan Nasional.

Lebih indah ialah Padang Serai menghantar signal bahawa mereka menolak parti Kerajaan. Walaupun disogok dengan pelbagai janji manis tahap potong kaki, para pengundi langsung tidak terpengaruh. Mereka tidak mahu terus tertipu dan menolak Kerajaan zalim Luar Tabie.

Faktor utama kepada kemenangan besar ini disumbangkan oleh pengundi muda. Persepsi bahawa pengundi muda menolak politik dan tidak ada kesedaran serta kewibawaan memilih pemimpin ternyata salah. Mereka jauh lebih matang dan sedar akibat jika tersalah pilih. Mereka tidak mahu dianggap sebagai penggadai masa depan negara. Hebat orang muda. Jauh lebih berprinsip dari otai-otai.

Perkara mengejutkan disebalik kemenangan BN di Tioman selain majoriti yang jauh berkurang dari pru14, majoriti Adun BN tersebut jauh lebih banyak dari majoriti yang diperolehi oleh Presiden UMNO di Bagan Datoh. Sedangkan Sang Presiden bertanding parlimen. Itupun dapat 300 lebih je.

Apa yang kita boleh simpulkan dengan majoriti kecil di Tioman dan Presiden UMNO ialah rakyat sedang berusaha menolak BN. Kemenangan BN di Tioman pun disebabkan oleh pengundi muda tidak balik dan faktor hari bekerja. Strategy yang digunakan Kerajaan serba pelik untuk mendapatkan kemenangan.

Momentum kemenangan ini mesti diteruskan. Rakyat Malaysia mesti berani menolak Kerajaan zalim ini. Kabinet tidak fokus masalah rakyat dan mengenakan berbagai sekatan hak bersuara. Mereka sedang berusaha membodohkan rakyat dan tak mahu menerima kritikan. Sikap yang jauh lebih teruk dari kerajaan PH yang lepas.

Lawan Terus!!!