March 28, 2023

Agenda DAP tapi UMNO laksanakan

Spread the love

Ramai penyokong Kerajaan Luar Tabie akan meroyan kuat baca tajuk ni. Antara yang akan mereka pertikai ialah tak habis-habis nak salahkan DAP dan Perikatan Nasional tak move on. Kalau tak percaya, baca kat komen. Confirm banyak punyalah.

Larangan ini adalah contoh dan bukti bahawa kerajaan Anwar sangat takut dengan kebangkitan rakyat menolak Kerajaan zalim yang sembang kencang tapi kerja langsung tak buat. Yang sedang sibuk diusahakan ialah mencari kesalahan pembangkang dan sekat kebebasan bersuara.

Peliknya sibuk mencari salah dan lambakan fitnah yang tak terbukti sangat gigih, walhal dalam barisan kebinet ada individu yang terpalit dengan kes mahkamah dilantik menjadi TPM. Masa kempen kemain jerit integriti dan salahlaku. Perkataan perasuah, penyamun dan perompak ibarat Zikir oleh pimpinan PH termasuk PM10.

Inilah yang dikatakan gajah seberang laut nampak, kuman depan mata buat tak tau. Terhakis teruk kepercayaan rakyat kepada Anwar dan kerajaannya bukan alang-alang susut sehingga penyokong sendiri pun lari. Mereka seolah tertipu dengan semua dakwaan dan saranan sepanjang PH menjadi pembangkang sehinggalah dibawa dalam setiap kempen.

Mereka sangat percaya dan berharap PH tidak mengulangi kesilapan lama iaitu gagal merealisasikan manifesto dan asyik menyalahkan kerajaan lama setelah menjadi kerajaan. Rupanya drama kencing itu berulang lagi. Bukan hanya terkencing bab perasuah penyamun, perompak dan tak fokus kepada rakyat kerana sibuk mencari salah pembangkang kabinet mereka juga mengulangi naratif hutang 1 trillion.

Peringatan untuk semua yang masih menyokong kerajaan, korang sebenarnya dah tak ada alasan untuk kekal bersama Kerajaan Anwar. Korang pun tahu yang korang dah tak ada modal untuk mempertahankan kerana kehabisan modal dan idea. Yang sedang korang buat ialah menjilat semula kahak-kahak yang korang ludah dulu. Tak ngeri ke rasa? Kotor sangat kot.

Korang patutnya nasihatkan kerajaan supaya ‘stop blaming and move on’ korang sekarang dah jadi kerajaan. Fikirkan kebajikan rakyat yang korang janjikan. Rakyat bukan nak tengok drama play victim yang tak menguntungkan. Turunkan harga minyak, pulihkan kembali barangan keperluan dalam pasaran. Telur dan ayam masih susah untuk dibeli. Mesyuarat bab telur dah berkali-kali tapi masih tak jumpa solusi.

Terlalu banyak perkara yang mengerikan berlaku dalam tempoh hampir sebulan kerajaan baru. Beza sangat ketika Perikatan Nasional mentadbir dulu. Langsung tak pernah bongkar kesilapan lama kerana kita lebih fokus kepada kebajikan rakyat. Korang boleh bayangkan (korang memang pakar bab bayang) kalau masa covid dulu PH yang perintah? Memang jahanam la negara, mati kering la rakyat.

Sudah-sudahlah buat kerja pembangkang. Fokus kepada kebajikan rakyat dan manifesto yang telah dijanjikan. Walaupun nampak jelas sangat dah kerajaan bakal gagal melaksanakan manifesto kali kedua. Korang hanya pandai sembang tapi gagal melaksanakan. Rakyat dikencing kali kedua. Pedih wooo. Hancing yang lepas masih berbekas, Kali ini kena lagi. Bila nak insaf. Kami akan Lawan Terus demi rakyat dan negara.

Kami bagi link posting sekali.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=197382519464945&id=100075795950343&mibextid=Nif5oz