KKM Support LGBT?
Projek terbaru KKM yang mengundang resah dan kecewa setelah tuala wanita percuma yang mendapat kecaman pelbagai pihak.
Pemberian PrEP yang akan dilaksanakan secara rintis dilihat pendekatan yang lebih mesra lGBT. Dibawah disenaraikan beberapa fakta projek ini tidak perlu dibuat langsung
- Bukan kaedah mencegah yang dianjurkan oleh Agama Islam. Projek ini tidak membantu mengelak dari berlakunya maksiat punca kepada hiv, aids dan macam-macam lagi.
- ‘Safe sex’ yang disebut oleh menteri sebagai alasan untuk menghalalkan projek beliau juga tidak pernah diajar oleh Rasulullah saw ataupun Nabi yang terdahulu dari Baginda. Sepatutnya kisah Nabi Lut dan kisah-kisah umat terdahulu menjadi pengajaran.
- Pembaziran Wang negara. Duit yang diperuntukkan untuk projek ini sepatutnya digunakan ke tempat yang lebih memerlukan. Situasi tegang dan getir rakyat terbanyak adalah fokus dan keutamaan. Mengapa harus menyelamatkan manusia yang sengaja menempah Bala. Mereka sepatutnya tahu risiko ‘life style’ yang mereka pilih. Duit untuk projek ini mungkin boleh menjadi dana subsidi untuk mengurangkan harga minyak petrol seperti yang dijanjikan.
- Dibantah oleh ramai pakar dan pengamal perubahan bertauliah. Mereka juga tidak bersetuju dengan projek rintis ini. Projek ini dilihat sebagai terkebelakang kerana ada cara yang lebih utama perlu didahulukan iaitu membenteras golongan LGBT atau punca kepada HIV atau AIDS.
- PH sedang recycled idea yang sama ketika mereka berkuasa 2018. Tunduk kepada tuntutan minoriti dan Luar Tabie. Sepertimana ketika PH 1.0 dulu, isunya ini juga hangat dan melampaui batas hinggakan wujud perhimpunan menyokong LGBT. Sebagai sebuah negara yang berimej imej Islam, perhimpunan dan kenyataan menteri-menteri yang mempertahankan puak-puak ini atas nama hak & kemanusian tbukan sahaja telah memberi impak negetif malahan dilihat bakal mengundang bala.
Rakyat Malaysia sepatutnya belajar dengan kisah dan pengalaman bemcana dan musibah yang berlaku di negara jiran. Diperingatkan kepada semua pengundi PH & BN pada pru15 yang lalu dan masih kekal menyokong PH & BN supaya menolak dan tidak bersetuju dengan projek ini. Tidak semestinya kita kena menyokong semua perkara yang dianjurkan oleh pimpinan parti atau gabungan kita walaupun ianya sesat dari norma Melayu & Islam.
Hidup biar berprinsip dan cerdik menilai sesuatu isu dan perkara. Adakah anda ingin melihat Malaysia ini dihancurkan oleh tangan-tangan yang mencipta kemarahan Yang Maha Kuasa?
More Stories
Finding a Good Paper Writing Service
Agenda DAP tapi UMNO laksanakan
Padang Serai: Melayu sokong Perikatan Nasional